? ??????????????Drippy Flowerings? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??5 Grabs Today. 3238 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Life Is an Art? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 4909 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Mini Kajian Tindakan
Tajuk Mini Kajian:

Penceritaan dan Projek dalam Permainan Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu dan ICT



Matlamat Kajian:

Meningkatkan penguasaan dan memberikan pengukuhan kepada Pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT serta mempengaruhi minat dan perhatian pelajar di dalam kelas.


Objektif kajian:


1) Mencungkil daya kreatif guru dan pelajar dalam P&P dalam bilik darjah.
2) Menilai sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pembelajaran di dalam
b
ilik darjah.
3) Menambahbaik satu kaedah yang bermanfaat sewaktu P&P dalam bilik darjah.

Bentuk Soalan:


  1. Bagaimanakah kaedah penceritaan dan permainan dapat digunakan dalam pembelajaran dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan ICT dan dapat meningkatkan penguasaan pelajar?

  2. Sejauh manakah keberkesanan kaedah penceritaan dan permainan P&P dalam Bahasa Melayu dan ICT dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bilik darjah?

  3. Adakah dengan menggunakan kaedah penceritaan dan permainan dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya menyumbang kepada pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

Aktiviti 8

Tajuk: Penceritaan dan Permaian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Subjek Bahasa Melayu dan ICT.


Berdasarkan tajuk kajian, cadangan yang boleh dikongsi untuk mengatasi kelemahan pengajaran ialah:

Individu:

1) Guru perlu bijak dan kreatif dalam mengatur strategi P&P dengan
kaedah yang pelbagai.
2) Guru perlu membuat penambah baikan terhadap P&P mereka
sekiranya didapati pelajar masih pada takuk yang sama, guru perlu
lebih mengenali pelajar udan kenal pasti di mana kelemahan mereka.
3) Mewujudkan imaginasi dalam minda pelajar agar pelajar tertarik
untuk belajar, kerana kkanak-kanak suka pada dunia imaginasi.

Kumpulan:

- Guru menyediakan satu panduan dan objektif yang sesuai agar proses
pembelajaran tidak terpesong dari topik yang hendak diajar.
- Guru menjalankan P&P yang lebih menarik dan kreatif mamapu
menarik minat pelajar.
- Menggalakkan pelajar terlibat dalam P&P dengan lebih aktif dengan
menyediakan ganjaran ataupun peneguhan.
- Memperbanyakkan aktiviti/projek/permainan sewaktu P&P dalam bilik
darjah.
Luar kumpulan:

Aktiviti 7 : Tugasan 4 (Mini kajian Tindakan)

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran

1) Tidak semua bahan pengajaran dalam bentuk vedio boleh didapati dengan mudah yang memenuhi ciri-ciri dan objektif pengajaran.

2) Penggunaan alat elektronik sebagai bahan bantu mengajar sepenuhnya juga menjadi kelemahan. Adakalanya ia menyekat guru untuk lebih kreatif dalam pengajarannya kerana terlalu bergantung kepada video.

Akviti 6 : Kekuatan Kajian

Berdasarkan tajuk kajian, kekuatan pengajaran adalah:


Individu:

- Menarik perhatian pelajar agar fokus terhadap pembelajaran dan seterusnya
memahami
topik yang dipelajari.
- Membantu pelajar menguasai subjek yang sedang dipelajari .
- Menjana kreativiti pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir tanpa rasa
bosan.
Kumpulan:

- Guru banyak memberi latih tubi kepada pelajar untuk meningkatkan
kefahaman dan
memberi pengukuhan terhadap pemahaman pelajar.
- Banyak aktiviti yang menarik yang dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajar dan
guru akan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut.
- Guru member peluang pelajar mempraktikan atau membuat projek bagi subjek
yang berkaitan agar pelajar dapat mengukuhkan ingatan pada pengajaran yang
disampaikan.
- Guru mengajak pelajar berimaginasi tentang sesuatu teori yang disampaikan.
- Guru berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburinya dan berjaya
merungkai persoalan
pelajar.


Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

1-Menguasai dan mempertingkatkan lagi penguasaan berkaitan P&P yang akan mengaplikasikan segala ilmu dan teori yang diketahui dalam bilik darjah tanpa sebarang masalah.


2-Lebih mempunyai idea-idea yang bernas dan rasional serta bersemangat untuk menjadi guru yang paling baik dari semua aspek.


3-Melahirkan guru yang menggunakan strategi dan gaya pengajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar setelah guru mengenal pasti masalah dan kelemahan pelajar.


4-Membentuk guru yang lebih professional dalam menjalankan tugas sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah.

Aktiviti 4 : Tugasan 4

Tajuk Mini Kajian Tindakan.

Penceritaan dan Permainan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan ICT.



Kajian ini dilakukan ke atas subjek Bahasa Melayu dan ICT yang bertujuan untuk menarik perhatian dan menambah kefahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari. Selain itu, kaedah penceritaan juga merupakan salah satu kaedah penambahbaikan dalam P&P yang mana memerlukan kreativiti guru membina cerita bagi mengukuhkan pemahaman pelajar dan pelajar akan menggunakan penceritaan sebagai pengukuh kepada kefahaman dan ingatan.
Peserta Kajian:
Pelajar kelas pengajaran makro Bahasa Melayu dan ICT.
Setting Kajian:
Kelas atau bilik darjah





Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL


Aktiviti 2

 
Jurnal 1

Tajuk: Teacher research : Challenging Our Assumptions

Penulis: Lori I. Robins, Gisela Villagomez, derek Dockter, Elizabeth Christopher.


Kajian tindakan yang dijalankan:

Artikel ini membentangkan kajian yang dilakukan oleh seorang guru yang hendak mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang ‘hukum gas’ di dalam kelas kimia. Kajian ini ingin melihat bentuk-bentuk andaian yang dikeluarkan oleh pelajar untuk menjawab persoalan tentang gas.

Masalah kajian:

Masalah yang dikenal pasti di kalangan pelajar ialah, tidak semua pelajar dapat melakukan apa yang guru mahu. Keadaan ini disebabkan oleh potensi guru dalam pengajaran yang berkemungkinan besar memerlukan pengubahsuaian untuk pengajaran seterusnya. Kajian ini dilakukan untuk melihat peningkatan pemahaman pelajar dalam hukum gas. Hal ini kerana, pelajar didapati agak lemah dan pemahaman pelajar sangat terhad dalam memahami gabungan hukum gas yang terdapat 2 bentuk eksperimen dalam menguji tekanan gas iaitu hukum Charles dan hukum Boyle. Pengkaji cuba mengandaikan pemahaman pelajar yang terhad terhadap hukum gas adalah;

i. Kurang mahir matematik
ii. Sukar memanipulasi persamaan untuk mendapatkan jawapan sebenar.

Metod:


- Algebra : Mengetahui pecahan
- Unit : Melabel yang diukur berdasarkan pemahaman
- Variasi hukum gas : Perubahan yang berlaku dalam tekanan.
- Plug in masalah : Selesaikan masalah dengan memasukkan nilai-nilai yang dikenal pasti
betul dalam persamaan yang dibuat.
- Konsep saintifik : hubungan antara pemboleh ubah.

Strategi seterusnya, penyelidik cuba untuk eksplore potensi penilaian pelajar dengan penulisan tentang hukum gas untuk mengukur tahap kefahaman pelajar. Setiap pelajar diberi 6 soalan yang terdiri daripada 5 bahagian yang berbeza.

Sampel:
Terdiri daripada 3 kelas yang diajar oleh guru yang sama, melibatkan pelajar lelaki dan perempuan




Jurnal 2


Tajuk: Use of Strategy Instruction to Improve the Story Writing Skill of a Student With Asperger Syndrome.
Penulis: Monica E. Delano


Tujuan kajian terhadap pelajar kurang upaya Asperger Syndrome (AS) adalah untuk menilai satu kaedah pengajaran yang dipanggil Self-Regulated Strategy Development (SRSD) dalam menerima arahan semasa membuat esei. Dalam kajian tindakan yang dilakukan ini satu garisan utama berganda (Multiple baseline) telah dibina yang menjadi landasan kepada jawapan-jawapan responden untuk melihat keberkesanan kaedah suruhan SRSD. Strategi dalam penggunaan arahan terhadap AS berbentuk arahan adalahbermatlamat ingin melihat pelajar boleh menggunakan perkataan-perkataan untuk bertindak, menjelaskan perkataan yang difahami dan mengingat semula. Dengan mengikut arahan yang diberikan, pelajar akan menghasilkan demontrasi yang memperlihatkan hasilnya dari sudut kualiti dan kuantiti penulisannya yang dijadikan sample kajian tindakan.


Masalah Kajian:

Penulisan esei adalah suatu proses yang sangat komplek yang mana memerlukan rangka, perancangan, draf-draf, kefahaman sendiri dan kesejajaran isi. Pelajar yang menghidapi Asperger Syndrome menunjukkan kebolehupayaan mereka dalam penulisan dan menunjukkan potensi yang sama dengan pelajar yang bukan dari golongan pelajar khas. Bagaimanapun, perbezaannya yang boleh dilihat dalam ujian yang mereka duduki, karangan mereka sangat pendek dan ringkas.


Metod:

Penyertaan dan setting kajian.
Seorang pelajar yang telah disahkan Asperger Sindrom berumur 12 tahun di Amerika Syarikat.


-Menemu bual responden secara tidak formal dan memerhati tindak tanduk pelajar ketika sedang ditemu bual.

-Garis utama
Garis utama ujian yang ingin dijalankan adalah dengan menyediakan 3 set soalan bergambar. Pelajar dikehendaki menulis karangan atau ayat berdasarkan gambar yang diberikan.

-Beberapa strategi latihan
* Strategi 1 : Penggunaan perkataan
setelah mengumpul data daripada penulisan, pengkaji akan mencari penjelasan makna bagi perkataan yang digunakan oleh pelajar.
Pengkaji akan mencari kerasional pelajar menggunkan perkataan tersebut untuk menjelaskan situasi yang terkandung dalam gambar dan kenal pasti tahap perkataan yang digunakan.
* Strategi 2 : menghuraikan makna perkataan.
Menghuraikan perkataan-perkataan dan menyenaraiakan perkataan dalam kotak-kotak bersama gambar dalam kertas latihan.
Membandingkan perkatan-perkataan yang digunakan.
strategi 1 dan strategi 2 diulangi lagi.
* Strategi 3 : Semak semula perkataan.
mencari jalan bagaimana ingin menambah baik potensi pelajar.
- Memerhati perkembangan.
Analisis dan pengumpulan data
Pengkaji menyenaraikan segala data perkataan dalam jadual mengikut jenis-jenis perkataan yang digunakan. Seterusnya pengkaji melakukan interpretasi makna bagi perkataan yang digunakan dan mencari sebab serta rasionalnya pelajar menggunakan perkataan tersebut. Perkataan yang digunakan sepanjang ujian dijalankan akan dibandingkan sepanjang ujian dilakukan.
Dapatan Kajian
prestasi pelajar dilihat berlaku peningkataan daaripada tiga perkataan menjadi 11 perkataan dalam membina ayat.





Jurnal 3

Tajuk: Supporting Academic Improvement among Eighth Grades at Risk for Retention: An Action Research Intervensi.

Penulis: E. C. M. Mason & H. George McMahon


Pengenalan:

Kini, banyak perubahan yang berlaku dalam lapangan kaunseling di sekolah dan telah banyak di kalangan kaunselor-kaunselor di sekolah yang telah membuktikan kejayaan terhadap tugas yang diberikan dalam menghasilkan pelajar yang berjaya. Artikel ini membentangkan hasil yang telah dijumpai bagi sesuatu tindakan berdasarkan penyelidikan bagi membantu pelajar yang terdedah dengan risiko agar dapat dibendung. Penemuan yang dijumpai menunjukkan penyertaan pelajar menunjukkan peningkatan ke atas prestasi pelajarannya. Implikasinya, kaunselor sekolah telah berbincang inginkan membuat program-program demikian.


Masalah Kajian:

Kebanyakan sekolah professional telah mengalami transformasi yang dramatik sejak abad ke 21 lagi. Ia merupakan salah satu respon daripada seorang pengkaji yang bertanggungjawab ke atas bidang pendidikan bahawa betapa pentingnya membendung risiko-risiko yang boleh menjatuhkan pelajar. Oleh itu beberapa inisiatif telah dilakukan oleh kaunselor-kaunselor untuk cuba mencari jalan atau cara agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab kaunselor terhadap pelajar-pelajarnya.


Metodologi:

Penyertaan
Mengambil seramai 1 400 orang pelajar

Prosedur

- Bermula dengan kenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaiannya.

- Pelajar akan menghadirkan diri dalam perjumpaan bersama kaunselor untuk mendapatkan maklumat masalah-masalah yang dihadapi.

- Kaunselor akan memberi motivasi dan langkah yang rasional agar pelajar boleh menghindari daripada terpengaruh terhadap masalah yang dialami.

- Pengkaji mengambil langkah menggabungkan semua data yang diperolehi daripada pelajar dan akan dikira yang melibatkan data rekod pelajar.

Tugasan 1: Ulasan Buku

Aktiviti 1




Konsep kajian tindakan

Buku: Guiding School Improvement With Action Research
Oleh: Richard Sagor (2000)
Bacaan Individu:


Kajian tindakan merupakan satu proses dan disiplin yang dikendalikan oleh pengkaji untuk melakukan tindakan dalam penambahbaikan kepada setiap pernyataan masalah. Sebab utama penyelidik melibatkan diri dalam kajian tindakan adalah untuk membantu dalam meningkatkan tindakan penyelidikannya terhadap permasalahan yang dikenal pasti. Kajian tindakan memberi kesan positif dan merupakan satu penemuan yang relevan kepada peserta yang terlibat kerana fokus setiap kajian tindakan kepada pengkaji akan menghasilkan satu penemuan baru atau penambahbaikan terhadap kajian yang sedia ada. Pendapat ini telah disokong sebagaimana yang dijelaskan di dalam buku " A Handbook For Teacher Research: From design to implementation" oleh Collin Lankshear & Michele Knobel yang menjelaskan bahawa kajian tindakan bertujuan membaiki atau meningkatkan kualiti serta kefahaman tentang amalan yang dilakukan itu.


Selain itu, apa yang penting di dalam kajian tindakan, ia dapat membantu golongan pengajar menjadi lebih efektif dan sentiasa menambahkan pengetahuan yang berguna untuk meningkatkan lagi potensi serta prestasi pelajar. Secara ringkasnya, kajian tindakan boleh difahami sebagai:

- Kajian yang melibatkan penyelidikan tentang amalan kita dan bukan kajian tentang orang lain.(learning by doing)

- KT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar

- Kajian yang melibatkan ahli perseorangan atau kumpulan dalam satu tujuan yang sama untuk memperbaiki mutu amalan

- Melibatkan proses analisis, refleksi dan penilaian


TUGASAN KELAS : NOTA


Konsep Kajian Tidakan

Terdapat beberapa pengertian atau definisi tentang kajian tindakan :
Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.
Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:
- proses dan mutu pengajaran
- pemahaman dan penguasaan pengajaran
- situasi dimana proses pengajaran berlaku
Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.
Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh
Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.
John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk
meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Kajian Tindakan adalah kajian yang berbentuk kajian kualitatif iaitu merupakan kajian yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga boleh digunakan dan tidak menjadi satu kesalahan pada suatu kajian tindakan itu. Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Dalam pengertian lain, kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective), di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang dilakukannya. Ini bermakna penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam kajian pengkaji tersebut akan timbul beberapa persoalan tentang dirinya, iaitu:

- Adakah yang saya lakukan ini betul?
- Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara untuk saya bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kearah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara.


Reka Bentuk Model Kajian Tindakan.

i. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)
4 langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle)
· Mereflek (Reflect)
· Merancang (Plan)
· Bertindak (Action)
· Memerhati (Observe)





ii. Model Kajian Tindakan Stinger (1999)
Sesuai sebagai kajian tindakan penyertaan. Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act).



iii. Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
Mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dengan menghasilkan model yang lebih lengkap. Melakukan peninjauan (reconnaissance) yang melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan dalam lingkaran dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.




iv. Model Kajian Tindakan Ebbutt (1985)
Dave Ebbutt mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian tindakan selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.









v. Model Kajian Tindakan Mc Kernan (1996)
Memperkenalkan satu model yang menyarankan agar masalah kajian tindakan tidak terlalu terikat dengan masa.


Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3 : Aktiviti 3 & Aktiviti 12

 Laporan Pembentangan kolokium Senior.



Pembentangan kumpulan pertama.
Tajuk: Aplikasi Pengubahsuaian Tingkah Laku ke atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan.



Nama pembentang:
  1. Badrol Hisyam Bin Majid
  2. Hafis Mohammad Don
  3. Junaidon Bin Abdul Majid
Penyataan Masalah
  • Terdapat subjek yang gemar melakukan perlakuan negatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran .
  • Subjek acap kali member simbol-simbol negatif kepada rakan sekelas.
  • Dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan seorang subjek sebagai responden dalam kajian tindakan ini.

Metodologi

Metod yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan jadual berikut:

Minggu 1 dan 2
Membuat perancangan:
- Pemilihan tajuk
- Penetapan kajian
- Pemerhatian awal

Minggu 3
Memberi nasihat dan teguran kepada suspek
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 4
Penggunaan radio semasa proses P&P
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 5
Penggunaan alat muzik
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 6
Melaksanakan denda
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 7
Membuat refleksi
- Kesimpulan
- Penambahbaikan
- Cadangan


Pengumpulan Data

1)Hasil tindakan memberi nasihat dan teguran.
Pengkaji mengambil masa hampir seminggu dalam mempraktikkan kaedah ini. Walau bagaimanapun, Subjek didapati masih melakukan perbuatan negatif tersebut.

2) Mengambil langkah menggunakan radio.
- Kaedah ini memberi kesan kepada subjek untuk tidak melakukan tindakan negatif tetapi setelah radio dimatikan, subjek didapti mengulangi perbuatan negatifnya itu.

3) Mengalih tumpuan subjek dengan menggunakan peralatan muzik.
- Ternyata cara ini dapat membantu subjek memberi tumpuan di dalam kelas tetapi subjek masih lagi melakukan perlakuan yang tidak diingini oleh pengkaji.

4) Denda
- Perlaksanaan denda kesan daripada melakukan perbuatan negatif ternyata membuahkan hasil apabila didapati subjek semakin berkurangan menunjukkan isyarat negatif tersebut.


Implikasi kajian

1) Hasil kajian ini mendapati pengkaji dapat mengurangkan perlakuan negatif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2) Justeru, ia dapat meningkatkan tumpuan pelajar tersebut terhadap mata pelajaran yang dipelajari ketika itu.

Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini?

Dapat kita simpulkan bahawa pengaplikasian Teori Pelaziman Operan mampu mengurangkan tingkah laku pelajar yang negatif secara beransur-ansur. Melihat kepada kajian ini, dapat dilihat bahawa kaedah dendaan merupakan kaedah paling berkesan bagi pengubahsuaian tingkah laku subjek.


Pembentangan Kumpulan Kedua

Tajuk: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dalam Pendidikan Kesihatan Melalui Pembelajaran Koperatif.

Nama pembentang:
  1. Nur Wahidah Binti Zolkiflee
  2. Noor Iezura Binti Abdul Aziz

Penyataan Masalah

Sejauh manakah mata pelajaran Pendidikan Kesihatan mampu menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan tingkatan 4 dan apakah langkah paling sesuai yang dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Metodologi

1) Membuat perancangan
- Penyediaan RPH
- Melakukan perbincangan

2) Tindakan
- Melaksanakan pembelajaran koperatif
- Mengambil seramai 25 – 35 orang pelajar perempuan.

3) Pengumpulan dan analisis data
- Memperolehi data daripada pemerhatian, temu bual, dan kerja kumpulan.

4) Refleksi dan penambahbaikan.
- Membuat penilaian.

Pengumpulan Data

1) Hasil pemerhatian
— Pemerhatian dicatatkan dalam RPH di bahagian refleksi dan rakaman gambar pelajar
— Pertambahan minat pelajar dapat dilihat melalui penglibatan pelajar yang semakin aktif dan tindak balas yang positif seperti melalui raut wajah mereka.

2) Hasil kerja kumpulan
— Semakin memuaskan yang mana banyak idea yang baik dan bernas dapat dipersembahkan dalam persembahan yang menarik.

3) Temubual
— Terdiri daripada soalan berstruktur dan tidak berstruktur
— Menanyakan sama ada pelajar berminat atau tidak terhadap pembelajaran koperatif
— Meminta pendapat pelajar tentang cadangan penambahbaikan
— Pelajar mengatakan kurang mengantuk, pengajaran tidak membosankan dan menarik.

4) Refleksi dan Penilaian
— Penggunaan kata kunci membantu pelajar lemah
— Banyakkan isu kecantikan dan kesihatan wanita
— Perdebatan ‘Berkahwin lebih baik daripada hidup membujang’
— Tunjukkan video yang berkaitan dengan isu kesihatan

Implikasi Kajian

Kajian ini mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Apa yang dapat dipelajari?

Kaedah pembelajaran koperatif ini perlu diteruskan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar sewaktu pembentangan kumpulan dijalankan. Pendekatan ini juga didapati dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis dengan melihat hasil kerja kumpulan yang semakin memuaskan.

Rumusan Pembentangan Kolokium:
Berdasarkan kepada 2 pembentangan kajian tindakan, kita dapati bahawa tajuk pembentang pertama kajian tindakan mencirikan bahawa kajian yang dilakukan merupakan satu kajian tindakan. Tetapi, tajuk kepada pembentangan kedua, tidak menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan merupakan satu kajian tindakan, sebaliknya kajian yang berbentuk eksperimental.
Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam dua kajian berikut merupakan kaedah kajian tindakan iaitu melibatkan proses merancang, bertindak, menganalisis data dan refleksi. kesimpulannya, kedua-dua kajian ini bersesuaian dengan maksud kajian tindakan iaitu membaiki dan meningkatkan kualiti P&P.