? ??????????????Drippy Flowerings? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??5 Grabs Today. 3238 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????Life Is an Art? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 4909 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 13



Kerangka Konseptual: Perbandingan Gelung Kajian Tindakan dengan Gelung Interaksi










Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah


berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis


dan McTaggart (1988).Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4


elemen, iaitu:


i. Mereflek (reflect)


iiMerancang(plan)


iii. Bertindak (action)


iv.Memerhati(observe)


Seperti yang ditunjukkan pada Rajah. Model ini adalah relevan


terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan


dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.


Daripada Rajah, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke


atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru


itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.


Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya


guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu


tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan


membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah


ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang


menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan


tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.







Thursday, December 10, 2009

AKTIVITI 11
Penyataan Masalah Berdasarkan 3 Jurnal
Jurnal 1 : Teacher Research : Challenging Our Assumptions.
Penyataan Masalah:
Masalah yang dikenal pasti di kalangan pelajar ialah, tidak semua pelajar dapat melakukan apa yang guru mahu. Keadaan ini disebabkan oleh potensi guru dalam pengajaran yang berkemungkinan besar memerlukan pengubahsuaian untuk pengajaran seterusnya. Kajian ini dilakukan untuk melihat peningkatan pemahaman pelajar dalam hukum gas. Hal ini kerana, pelajar didapati agak lemah dan pemahaman pelajar sangat terhad dalam emahami gabungan hukum gas yang terdapat 2 bentuk eksperimen dalam menguji tekanan gas iaitu hukum Charles dan hukum Boyle. Pengkaji cuba mengandaikan pemahaman pelajar yang terhad terhadap hukum gas adalah;

i. Kurang mahir matematik
ii. Sukar memanipulasi persamaan untuk mendapatkan jawapan sebenar.
Jurnal 2: Use of Strategy Instruction to Improve the Story Writing Skill of a Student With Asperger Syndrome.

Pernyataan Masalah:
Penulisan esei adalah suatu proses yang sangat komplek yang mana memerlukan rangka, perancangan, draf-draf, kefahaman sendiri dan kesejajaran isi. Pelajar yang menghidapi Asperger Syndrome menunjukkan kebolehupayaan mereka dalam penulisan dan menunjukkan potensi yang sama dengan pelajar yang bukan dari golongan pelajar khas. Bagaimanapun, perbezaannya yang boleh dilihat dalam ujian yang mereka duduki, karangan mereka sangat pendek dan ringkas.
Tajuk 3: Supporting Academic Improvement among Eighth Grades at Risk for Retention: An Action Research Intervensi.
Penyataan Masalah:
Kebanyakan sekolah professional telah mengalami transformasi yang dramatik sejak abad ke 21 lagi. Ia merupakan salah satu respon daripada seorang pengkaji yang bertanggungjawab ke atas bidang pendidikan bahawa betapa pentingnya membendung risiko-risiko yang boleh menjatuhkan pelajar. Oleh itu beberapa inisiatif telah dilakukan oleh kaunselor-kaunselor untuk cuba mencari jalan atau cara agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab kaunselor terhadap pelajar-pelajarnya.

Saturday, December 5, 2009

AKTIVITI 10: Tugasan 1



Tajuk Buku: Guiding School Improvement With Action Research

Penulis: Richard Sagor

Soalan 1:  Apa maksud kajian tindakan?

Kajian tindakan merupakan satu proses dan disiplin yang dikendalikan oleh pengkaji untuk mengambil tindakan penambahbaikan kepada setiap pernyataan masalah. .Sebab utama penyelidik melibatkan diri dalam kajian tindakan adalah untuk membantu dalam meningkatkan tindakan penyelidikannya terhadap permasalahan yang dikenal pasti. Kajian tindakan memberi kesan positif dan merupakan satu penemuan yang relevan kepada peserta yang terlibat kerana fokus setiap kajian tindakan kepada pengkaji akan menghasilkan satu penemuan baru atau penambahbaikan terhadap kajian yang sedia ada. Selain itu, apa yang penting di dalam kajian tindakan, ia dapat membantu golongan pengajar menjadi lebih efektif dan sentiasa menambahkan pengatahuan yang berguna untuk meningkatkan lagi potensi serta prestasi pelajar. Secara ringkasnya, kajian tindakan boleh difahami sebagai:
-Kajian yang melibatkan penyelidikan tentang amalan kita dan bukan kajian tentang orang lain.(learning by doing)
-KT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar

-Kajian yang melibatkan ahli perseorangan atau kumpulan dalam satu tujuan yang sama untuk memperbaiki mutu amalan
-Melibatkan proses analisis, refleksi dan penilaian




Soalan 2: Mengapa guru melakukan kajian tindakan?

 

1) Membentuk guru-guru yang reflektif
Apabila seorang guru itu mengumpul data secara sistematik, mereka telah memulakan satu proses yang menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan yang sejajar. Justeru, melihat satu proses pembelajaran kepada satu penyiasatan secara empiric keatas factor-faktor pengajaran dan pembelajaran yang efektif.



2) Memajukan apa yang menjadi keutamaan sekolah secara keseluruhannya.
Sekolah-sekolah sebenarnya memberi penumpuan terhadap usaha-usaha memperkasakan kumpulan –kumpulan dan program-program mereka dalam membina fokus utama dan semangat. Komitmen dalam sesuatu fakulti untuk meningkatkan pencapaian terhadap sasaran yang telah ditetapkan yang kemudiannya mempelajarinya secara kolaboratif bukan sahaja melibatkan pencapaian terhadap matlamat mereka, tetapi member kesan yang besar terhadap kumpulan. Penumpuan mereka itu melibatkan penumpuan terhadap masa, tenaga dan kreativiti dalam kumpulan yang member I komitmen secara professional.




3) Membangunkan budaya professional
Guru yang berkualiti di mana-mana sekolah mungkin berbeza mengikut aspek-aspek tertentu terhadap wawasan dan motivasi yang mereka bawa. Sesuatu fakulti di dalam sekolah mahu menjadikan mereka sebagai satu komuniti pelajar yang sering menjadi satu kumpulan yang berkuasa dan berkongsi satu aspek tentang pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan siasatan terhadap sesuatu perkara yang menarik dan akan dikongsi tentang apa yang mereka
pelajari dalam komuniti sekolah.



4) Pengajaran yang professional
Satu kerja yang dikatakan professional dijangka menjadi sesuatu yang kompleks dan bukan menjadi satu kebiasaan serta umumnya memerlukan kerjasama antara pengamal-pengamal agar mendapat keputusan yang memuaskan. Dengan penjanaan pengetahuan, pelajar mencapai objektif pembelajaran yang bermakna. Apabila guru-guru di sekolah mula melakukan kajian tindakan, mestilah bermula dengan kepelbagaian rupa . kebijaksanaan seseorang guru itu lahir daripada perbuatan atas kehendaknya sendiri, bukan berasaskan arahan penyelia.



5) Mempertingkatkan motivasi dan efisen seorang guru
Tugas mengajar murid kebiasaanya adalah sesuatu yang mencabar yang pasti terjadi di dalam bilik darjah. Selain itu, pelajar jga akan membawa masalah masing-masing di dalam kelas. Tanpa bukti yang jelas dan munasabah bahawa mengajar adalah sesuatu yang berbeza yang mana ia adalah sukar untuk diimaginasikan. Terdapat beberapa bukti yang menjelaskan bahawa pada permulaan kerja guru akan mempamerkan tingkah laku agak tertekan.



6) Mengadakan mesyuarat yang membincangkan keperluan pelajar
Kita perlu tahu bahawa semua guru perlu mengusai dan faham terhadap tahap kurikulum yang perlu disampaikan dalam kelas yang mencapai objektif pengajaran kepada pelajar. Apa yang penting guru harus mempunyai maklumat yang lengkap tentang latar belakang pelajar yang mereka ajar dan perlu tahu akan julat perbezaan antara pelajar dalam kelas. Di samping itu, guru boleh melakukan diagnosis dan menentukan pengubahsuaian pengajaran yang sesuai


7) Mencapai kejayaan dalam satu sistem berasaskan piawaian.
Kebanyakan jabatan pendidikan kementerian telah menegaskan piawaian yang teguh dan bermakna bahawa mereka menjangkakan piawaian yang teguh dan bermakna dan menjangka semua pelajar dalam keadaan yang menepati piawaian.






Soalan 5: Bagaimana guru melakukan kajian tindakan?




Proses membuat kajian tindakan:


i. Tentukan fokus kajian
ii. Menerangkan teori yang diambil
iii. Kenal pasti persoalan kajian
iv. Mengumpul data
v. Analisis data
vi. Dapatan kajian
vii. Ambil maklumat atau tindakan


Bab 2: Bagaimana kajian tindakan dapat dicapai?


Langkah 1: Tentukan Fokus


Pada langkah pertama dalam proses menjalankan kajian tindakan dipanggil signifikan dari sudut masa dan tenaga yang menjadi tekanan pada guru kelas. Untuk mencari fokus sebenar dalam melaksanakan kajian tindakan, guru perlu mempunyai strategi yang pelbagai untuk mendapatkan fokus yang tepat dan bermakna:


Strategi 1: Jurnal yang reflektif.



Satu cara yang baik dalam menemukan fokus kajian adalah berdasarkan jurnal yang reflektif. Proses ini bermula dengan menghasilkan prompt yang akan menghasilkan fokus untuk refleksi hatian dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh: kita mengambil masa selama 10 minit setiap hari selama dua minggu untuk memahami promp tersebut. Selepas menulis respon dalam 10 hari pada promt tersebut, berhenti dari menulis dan baca berulang kali apa yang kita tulis dan lihat apakah isu-isu yang berulang kali diungkapkan dalam jurnal tersebut.



Strategi 2: wawancara reflektif



Wawacara reflektif menumpukan kepada teknik yang paling sesuai sekiranya mempunyai rakan-rakan yang ingin melakukan kajian tindakan secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, sekiranya guru ingin melakukan kajain secara individu jyga boleh menggunakan proses ini untuk mengembangkan fokus kajian secara individu. Wawancara ini dilakukan secara verbal yang menghasilkan maklumat berwawasan sama seperti jurnal. Walau bagaimanapun, melalui wawancara guru berbicara tentang kebimbangan dan keprihatinan mereka. Antara peraturan yang perlu untuk menjalankan wawancara adalah:




i- Kenal pasti lokasi
ii-Tentukan kumpulan yang akan mendengar persoalan kamu
iii-Pilih topik untuk diperkatakan semasa pertemuan tersebut:
- Keprihatinan guru terhadap pelajaran & pembelajaran.
- Melihat keprihatinan masyarakat tentang isu-isu peribadi.
- Meningkatkan prestasi dalam isu yang diperkatakan hdengan kawalan kita.
iv-Menjelaskan kepada kumpulan tersebut tentang tugas mereka iaitu adalah untuk mendengar dan menjawab persoalan.




Strategi 3: Analisis wacana



Proses ini sama juga seperti melakukan refleksi wawancara, proses ini sering digunakan oleh kumpulan-kumpulan yang digunakan untuk melakukan kajian secara kolaboratif. Tujuan melaksanakan analisis wacana adalah bertujuan untuk meneroka maklumat yang diberikan oleh individu yang diwawancara. Antara peraturan yang perlu diikuti adalah:
1- Pewawancara bertanyakan soalan berkaitan penyelidikan.
2- Pewawancara tidak dibenarkan member pendapat sendiri.
3- Tidak dibenarkan melakukan kritikan.



Langkah 2: Menjelaskan teori


Langkah seterusnya adalah melibatkan sesuatu yang eksplisit iaitu berkaitan perasaan seseorang, keyakinan dan wawasan terhadap masalah atau fokus yang dibincangkan. Ia membantu dalam proses meneroka aspek teori atau bias pada seseorang pengkaji atau ahli kumpulan pengakaji lakukan. Terdapat dua strategi yang dicadangkan iaitu melalui carta pie dan rekonstraksif grafik.



Pengumpulan Data: Menggunakan rekod guru dan Data Pemerhatian.


Pelbagai rekod-rekod guru yang boleh kita jadikan sebagai sumber data. Antaranya adalah:



i. Rekod Guru
1) Rekod Guru
Rancangan mengajar merupakan rancangan keseluruhan guru yang amat baik sebagai sumber kepada data kajain tindakan bagi sesetengah alas an. Pertamanya, ia mengandungi kompilasi maklumat dan kegiatan pelajar yang disusun secara kronologi mengikut urutan. Keduanya, dapat melihat rencana guru yang mengandungi aktiviti-aktiviti guru kepada pelajar semasa P&P. Ketiganya, melihat garis waktu yang digunakan sebagai gambaran yang tepat tentang apa yang telah dilakukan untuk member kefahaman kepada pelajar.


ii- Buku gred guru.
Kita boleh melakukan analisis dengan mudah iaitu dengan meletakkan data prestasi pelajar daripada buku gred guru. Ini merupakan percubaan yang baik kerana menerusi buku gred guru kita dapat melihat sama ada berlaku peningkatan atau tidak atau pada kedudukan yang stabil terhadap prestasi pelajar secara individu. Dalam pada masa yang sama, ia dapat menggambarkan apakah perubahan positif, negatif atau statik yang berlaku dalam kelas dan seterusnya pada sekolah. Informasi yang diperlihatkan dalam prestasi pelajar ini adalah sesuatu yang menarik tetapi ia bukanlah menunjukkan cara bagaimana untuk kita meningkatkan pengajaran, kecuali prestasi tersebut berkolerasi dengan perancangan kelas yang efektif dengan kepelbagaian strategi pengajaran.


2) Data Pemerhatian
Pemerhatian dalam kelas menyediakan maklumat dengan cepat dan sumber yang berguna. Terdapat pemerhatian yang boleh menjadi rekod data guru dan bahan-bahan yang menjadi sumber dalam pengumpulan data ialah:


i- Jurnal
Apa sahaja tentang tingkah laku pelajar itu adalah satu data yang berguna. Jika guru membiasakan diri dengan menulis jurnal, ia akan menghasilkan sesuatu maklumat dan data yang sangat penting dan berharga. Dengan menganalisis maklumat-maklumat yang terdapat dalam jurnal ia dapat membantu kita memahami mengapa sesuatu hal yang berlaku itu terjadi pada keadaan tertentu dan urutan tertentu.


ii- Nota daripada clipbord
Mengumpul maklumat-maklumat yang terdapat di papan-papan kenyataan dan disimpan serta dipaparkan di meja. Ramai dikalangan guru yang mengumpul kajian-kajian lepas atau maklumat-maklumat. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kita akan dapat menyaksikan sesuatu peristiwa itu relevan atau tidak dengan topik kajian.


iii- Senarai semak terbuka
Kita sebagai guru memerlukan data pemantauan yang terperinci yang kita sendiri tidak boleh mendapatkannya sendiri kerana pelbagai situasi boleh berlaku apabila kita sedang mengajar sama ada sedar atau tidak. Jalan terbaik untuk digunakan adalah dengan meminta kumpulan guru yang boleh member kerjasama untuk membuat pemantauan semasa kita mengajar. Data pemantauan kebiasaanya diletakkan atau dikongsi dalam bahagian senarai semak yang salah satunya adalah senarai semak terbuka. Segala pengumpulan data akan disusun secara teratur yang mengandungi kegiatan guru bersama pelajar semasa P&P.


iv- Senarai semak yang standard.
Apabila kita ingin tahu apa yang berlaku sebelum kita memulakan proses pemerhatian, kita boleh menggunakan senarai semak yang standart. Satu yang berbeza senarai semak standart dengan senarai semak terbuka adalah, senarai semak standart memerlukan kita meluangkan masa untuk mencari maklumat dengan melakukan pemerhatian dari sudut kriteria pelajar sebelum memulakan pengumpulan data yang menyeluruh. Data yang telah diperolehi daripada senarai semak standart boleh membantu kita asalkan kesemua kumpulan data diterima oleh orang lain dan bersetuju terhadap definisi dan criteria yang telah dikelaskan mengikut tindakan.


v- Tingkat skala
Membuat tingkat skala memerlukan proses yang memakan masa yang lama. Masa ini tetap diperlukan kerana ia merupakan alat penilaian yang member manfaat sebenar kepada pengkaji. Oleh yang demikian, tingkat skala perlu ditulis dalam bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk membezakan setiap skor yang diperolehi serta sentiasa dalam keadaan terkawal.




Pengumpulan Data : Mencipta Instrument Untuk Menjawab Persoalan Kajian.


1) Pembayangan
Salah satu cara yang paling popular dan baik dalam mengumpul data dan membuat pemerhatian dalam tatacara pendidikan adalah melalui pembayangan. Kita boleh menggunakan pembayangan apabila kita mahu hendak melihat fenomena daripada perspektif orang lain. Caranya adalah dengan menggunakan pemikiran figurative iaitu membayangkan diri kita berada ditempat orang lain. Terdapat 2 proses pembayangan iaitu:


i- Pembayangan berdasarkan garis panduan untuk bilik darjah.
- Bilangan pelajar: guru harus berjaya membayangkan sehingga 3 orang pelajar mempunyai persamaan kontens diri terhadap bilik darjah.
- Tentukan pelajar: yang sesuai dan merangkumi kategori demografi yang terkandung dalam penyelidikan.
- Anonymity : Peraturan di mana kita tidak perlu meletakkan nama pelajar yang sedang kita perhatikan.
- Kerangka waktu : mengambil masa setengah hari
- Tarikh pembayangan : tidak boleh selama dua hari.
- Breifing bersama pelajar : harus mengakhiri pembayangan sekitar 1 jam setengah sebelum menamatkannya.

ii- Pembayangan berdasarkan garis panduan sekolah rendah.
- Bilangan pelajar: rancang dengan membayangkan seorang pelajar sahaja.
- Tentukan pelajar: lakar atau lukis kategori pelajar secara random untuk dijadikan sample.
- Anonymity: seharusnya kita tidak hanya memberitahu pelajar tersebut merupakan sekolah rendah, tetapi harus minta izinya terlebih dahulu.
- Kerangka waktu: merangka bayangan sepanjang waktu persekolahan.
- Tarikh pembayangan: tidak boleh selama dua hari.
- Breifing bersama pelajar: Dilakukan pada sekolah yang sama. Merangka jadual mengadakan perjumpaan yang melibatkan guru dan pelajar.


2) Nota dan Komen Guru


Kajian tindakan adalah satu disiplin dalam melakukan penyelidikan yang dijalankan oleh individu yang membuat tindakan. Sebab utama penyelidik melibatkan diri dalam penyelidikan tindakan adalah untuk membantu dalam meningkatkan tindakan penyelidik tersebut. Banyak sebab yang menyatakan kajian tindakan ini memberi kesan yang positif yang mana paling utama adalah kajian tindakan sentiasa relevan kepada peserta yang terlibat. Kerelevanan itu dijamin kerana bergantung kepada fokus pengkaji masing-masing dalam projek penyelidikannya yang mana turut terlibat pihak-pihak yang terlibat dalam penemuanya itu.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Mini Kajian Tindakan
Tajuk Mini Kajian:

Penceritaan dan Projek dalam Permainan Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu dan ICT



Matlamat Kajian:

Meningkatkan penguasaan dan memberikan pengukuhan kepada Pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT serta mempengaruhi minat dan perhatian pelajar di dalam kelas.


Objektif kajian:


1) Mencungkil daya kreatif guru dan pelajar dalam P&P dalam bilik darjah.
2) Menilai sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pembelajaran di dalam
b
ilik darjah.
3) Menambahbaik satu kaedah yang bermanfaat sewaktu P&P dalam bilik darjah.

Bentuk Soalan:


  1. Bagaimanakah kaedah penceritaan dan permainan dapat digunakan dalam pembelajaran dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan ICT dan dapat meningkatkan penguasaan pelajar?

  2. Sejauh manakah keberkesanan kaedah penceritaan dan permainan P&P dalam Bahasa Melayu dan ICT dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bilik darjah?

  3. Adakah dengan menggunakan kaedah penceritaan dan permainan dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya menyumbang kepada pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

Aktiviti 8

Tajuk: Penceritaan dan Permaian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Subjek Bahasa Melayu dan ICT.


Berdasarkan tajuk kajian, cadangan yang boleh dikongsi untuk mengatasi kelemahan pengajaran ialah:

Individu:

1) Guru perlu bijak dan kreatif dalam mengatur strategi P&P dengan
kaedah yang pelbagai.
2) Guru perlu membuat penambah baikan terhadap P&P mereka
sekiranya didapati pelajar masih pada takuk yang sama, guru perlu
lebih mengenali pelajar udan kenal pasti di mana kelemahan mereka.
3) Mewujudkan imaginasi dalam minda pelajar agar pelajar tertarik
untuk belajar, kerana kkanak-kanak suka pada dunia imaginasi.

Kumpulan:

- Guru menyediakan satu panduan dan objektif yang sesuai agar proses
pembelajaran tidak terpesong dari topik yang hendak diajar.
- Guru menjalankan P&P yang lebih menarik dan kreatif mamapu
menarik minat pelajar.
- Menggalakkan pelajar terlibat dalam P&P dengan lebih aktif dengan
menyediakan ganjaran ataupun peneguhan.
- Memperbanyakkan aktiviti/projek/permainan sewaktu P&P dalam bilik
darjah.
Luar kumpulan:

Aktiviti 7 : Tugasan 4 (Mini kajian Tindakan)

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran

1) Tidak semua bahan pengajaran dalam bentuk vedio boleh didapati dengan mudah yang memenuhi ciri-ciri dan objektif pengajaran.

2) Penggunaan alat elektronik sebagai bahan bantu mengajar sepenuhnya juga menjadi kelemahan. Adakalanya ia menyekat guru untuk lebih kreatif dalam pengajarannya kerana terlalu bergantung kepada video.

Akviti 6 : Kekuatan Kajian

Berdasarkan tajuk kajian, kekuatan pengajaran adalah:


Individu:

- Menarik perhatian pelajar agar fokus terhadap pembelajaran dan seterusnya
memahami
topik yang dipelajari.
- Membantu pelajar menguasai subjek yang sedang dipelajari .
- Menjana kreativiti pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir tanpa rasa
bosan.
Kumpulan:

- Guru banyak memberi latih tubi kepada pelajar untuk meningkatkan
kefahaman dan
memberi pengukuhan terhadap pemahaman pelajar.
- Banyak aktiviti yang menarik yang dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajar dan
guru akan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut.
- Guru member peluang pelajar mempraktikan atau membuat projek bagi subjek
yang berkaitan agar pelajar dapat mengukuhkan ingatan pada pengajaran yang
disampaikan.
- Guru mengajak pelajar berimaginasi tentang sesuatu teori yang disampaikan.
- Guru berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburinya dan berjaya
merungkai persoalan
pelajar.


Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

1-Menguasai dan mempertingkatkan lagi penguasaan berkaitan P&P yang akan mengaplikasikan segala ilmu dan teori yang diketahui dalam bilik darjah tanpa sebarang masalah.


2-Lebih mempunyai idea-idea yang bernas dan rasional serta bersemangat untuk menjadi guru yang paling baik dari semua aspek.


3-Melahirkan guru yang menggunakan strategi dan gaya pengajaran yang kreatif untuk menarik perhatian pelajar setelah guru mengenal pasti masalah dan kelemahan pelajar.


4-Membentuk guru yang lebih professional dalam menjalankan tugas sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah.

Aktiviti 4 : Tugasan 4

Tajuk Mini Kajian Tindakan.

Penceritaan dan Permainan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan ICT.



Kajian ini dilakukan ke atas subjek Bahasa Melayu dan ICT yang bertujuan untuk menarik perhatian dan menambah kefahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari. Selain itu, kaedah penceritaan juga merupakan salah satu kaedah penambahbaikan dalam P&P yang mana memerlukan kreativiti guru membina cerita bagi mengukuhkan pemahaman pelajar dan pelajar akan menggunakan penceritaan sebagai pengukuh kepada kefahaman dan ingatan.
Peserta Kajian:
Pelajar kelas pengajaran makro Bahasa Melayu dan ICT.
Setting Kajian:
Kelas atau bilik darjah





Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL


Aktiviti 2

 
Jurnal 1

Tajuk: Teacher research : Challenging Our Assumptions

Penulis: Lori I. Robins, Gisela Villagomez, derek Dockter, Elizabeth Christopher.


Kajian tindakan yang dijalankan:

Artikel ini membentangkan kajian yang dilakukan oleh seorang guru yang hendak mempertingkatkan kefahaman pelajar tentang ‘hukum gas’ di dalam kelas kimia. Kajian ini ingin melihat bentuk-bentuk andaian yang dikeluarkan oleh pelajar untuk menjawab persoalan tentang gas.

Masalah kajian:

Masalah yang dikenal pasti di kalangan pelajar ialah, tidak semua pelajar dapat melakukan apa yang guru mahu. Keadaan ini disebabkan oleh potensi guru dalam pengajaran yang berkemungkinan besar memerlukan pengubahsuaian untuk pengajaran seterusnya. Kajian ini dilakukan untuk melihat peningkatan pemahaman pelajar dalam hukum gas. Hal ini kerana, pelajar didapati agak lemah dan pemahaman pelajar sangat terhad dalam memahami gabungan hukum gas yang terdapat 2 bentuk eksperimen dalam menguji tekanan gas iaitu hukum Charles dan hukum Boyle. Pengkaji cuba mengandaikan pemahaman pelajar yang terhad terhadap hukum gas adalah;

i. Kurang mahir matematik
ii. Sukar memanipulasi persamaan untuk mendapatkan jawapan sebenar.

Metod:


- Algebra : Mengetahui pecahan
- Unit : Melabel yang diukur berdasarkan pemahaman
- Variasi hukum gas : Perubahan yang berlaku dalam tekanan.
- Plug in masalah : Selesaikan masalah dengan memasukkan nilai-nilai yang dikenal pasti
betul dalam persamaan yang dibuat.
- Konsep saintifik : hubungan antara pemboleh ubah.

Strategi seterusnya, penyelidik cuba untuk eksplore potensi penilaian pelajar dengan penulisan tentang hukum gas untuk mengukur tahap kefahaman pelajar. Setiap pelajar diberi 6 soalan yang terdiri daripada 5 bahagian yang berbeza.

Sampel:
Terdiri daripada 3 kelas yang diajar oleh guru yang sama, melibatkan pelajar lelaki dan perempuan




Jurnal 2


Tajuk: Use of Strategy Instruction to Improve the Story Writing Skill of a Student With Asperger Syndrome.
Penulis: Monica E. Delano


Tujuan kajian terhadap pelajar kurang upaya Asperger Syndrome (AS) adalah untuk menilai satu kaedah pengajaran yang dipanggil Self-Regulated Strategy Development (SRSD) dalam menerima arahan semasa membuat esei. Dalam kajian tindakan yang dilakukan ini satu garisan utama berganda (Multiple baseline) telah dibina yang menjadi landasan kepada jawapan-jawapan responden untuk melihat keberkesanan kaedah suruhan SRSD. Strategi dalam penggunaan arahan terhadap AS berbentuk arahan adalahbermatlamat ingin melihat pelajar boleh menggunakan perkataan-perkataan untuk bertindak, menjelaskan perkataan yang difahami dan mengingat semula. Dengan mengikut arahan yang diberikan, pelajar akan menghasilkan demontrasi yang memperlihatkan hasilnya dari sudut kualiti dan kuantiti penulisannya yang dijadikan sample kajian tindakan.


Masalah Kajian:

Penulisan esei adalah suatu proses yang sangat komplek yang mana memerlukan rangka, perancangan, draf-draf, kefahaman sendiri dan kesejajaran isi. Pelajar yang menghidapi Asperger Syndrome menunjukkan kebolehupayaan mereka dalam penulisan dan menunjukkan potensi yang sama dengan pelajar yang bukan dari golongan pelajar khas. Bagaimanapun, perbezaannya yang boleh dilihat dalam ujian yang mereka duduki, karangan mereka sangat pendek dan ringkas.


Metod:

Penyertaan dan setting kajian.
Seorang pelajar yang telah disahkan Asperger Sindrom berumur 12 tahun di Amerika Syarikat.


-Menemu bual responden secara tidak formal dan memerhati tindak tanduk pelajar ketika sedang ditemu bual.

-Garis utama
Garis utama ujian yang ingin dijalankan adalah dengan menyediakan 3 set soalan bergambar. Pelajar dikehendaki menulis karangan atau ayat berdasarkan gambar yang diberikan.

-Beberapa strategi latihan
* Strategi 1 : Penggunaan perkataan
setelah mengumpul data daripada penulisan, pengkaji akan mencari penjelasan makna bagi perkataan yang digunakan oleh pelajar.
Pengkaji akan mencari kerasional pelajar menggunkan perkataan tersebut untuk menjelaskan situasi yang terkandung dalam gambar dan kenal pasti tahap perkataan yang digunakan.
* Strategi 2 : menghuraikan makna perkataan.
Menghuraikan perkataan-perkataan dan menyenaraiakan perkataan dalam kotak-kotak bersama gambar dalam kertas latihan.
Membandingkan perkatan-perkataan yang digunakan.
strategi 1 dan strategi 2 diulangi lagi.
* Strategi 3 : Semak semula perkataan.
mencari jalan bagaimana ingin menambah baik potensi pelajar.
- Memerhati perkembangan.
Analisis dan pengumpulan data
Pengkaji menyenaraikan segala data perkataan dalam jadual mengikut jenis-jenis perkataan yang digunakan. Seterusnya pengkaji melakukan interpretasi makna bagi perkataan yang digunakan dan mencari sebab serta rasionalnya pelajar menggunakan perkataan tersebut. Perkataan yang digunakan sepanjang ujian dijalankan akan dibandingkan sepanjang ujian dilakukan.
Dapatan Kajian
prestasi pelajar dilihat berlaku peningkataan daaripada tiga perkataan menjadi 11 perkataan dalam membina ayat.





Jurnal 3

Tajuk: Supporting Academic Improvement among Eighth Grades at Risk for Retention: An Action Research Intervensi.

Penulis: E. C. M. Mason & H. George McMahon


Pengenalan:

Kini, banyak perubahan yang berlaku dalam lapangan kaunseling di sekolah dan telah banyak di kalangan kaunselor-kaunselor di sekolah yang telah membuktikan kejayaan terhadap tugas yang diberikan dalam menghasilkan pelajar yang berjaya. Artikel ini membentangkan hasil yang telah dijumpai bagi sesuatu tindakan berdasarkan penyelidikan bagi membantu pelajar yang terdedah dengan risiko agar dapat dibendung. Penemuan yang dijumpai menunjukkan penyertaan pelajar menunjukkan peningkatan ke atas prestasi pelajarannya. Implikasinya, kaunselor sekolah telah berbincang inginkan membuat program-program demikian.


Masalah Kajian:

Kebanyakan sekolah professional telah mengalami transformasi yang dramatik sejak abad ke 21 lagi. Ia merupakan salah satu respon daripada seorang pengkaji yang bertanggungjawab ke atas bidang pendidikan bahawa betapa pentingnya membendung risiko-risiko yang boleh menjatuhkan pelajar. Oleh itu beberapa inisiatif telah dilakukan oleh kaunselor-kaunselor untuk cuba mencari jalan atau cara agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab kaunselor terhadap pelajar-pelajarnya.


Metodologi:

Penyertaan
Mengambil seramai 1 400 orang pelajar

Prosedur

- Bermula dengan kenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaiannya.

- Pelajar akan menghadirkan diri dalam perjumpaan bersama kaunselor untuk mendapatkan maklumat masalah-masalah yang dihadapi.

- Kaunselor akan memberi motivasi dan langkah yang rasional agar pelajar boleh menghindari daripada terpengaruh terhadap masalah yang dialami.

- Pengkaji mengambil langkah menggabungkan semua data yang diperolehi daripada pelajar dan akan dikira yang melibatkan data rekod pelajar.

Tugasan 1: Ulasan Buku

Aktiviti 1




Konsep kajian tindakan

Buku: Guiding School Improvement With Action Research
Oleh: Richard Sagor (2000)
Bacaan Individu:


Kajian tindakan merupakan satu proses dan disiplin yang dikendalikan oleh pengkaji untuk melakukan tindakan dalam penambahbaikan kepada setiap pernyataan masalah. Sebab utama penyelidik melibatkan diri dalam kajian tindakan adalah untuk membantu dalam meningkatkan tindakan penyelidikannya terhadap permasalahan yang dikenal pasti. Kajian tindakan memberi kesan positif dan merupakan satu penemuan yang relevan kepada peserta yang terlibat kerana fokus setiap kajian tindakan kepada pengkaji akan menghasilkan satu penemuan baru atau penambahbaikan terhadap kajian yang sedia ada. Pendapat ini telah disokong sebagaimana yang dijelaskan di dalam buku " A Handbook For Teacher Research: From design to implementation" oleh Collin Lankshear & Michele Knobel yang menjelaskan bahawa kajian tindakan bertujuan membaiki atau meningkatkan kualiti serta kefahaman tentang amalan yang dilakukan itu.


Selain itu, apa yang penting di dalam kajian tindakan, ia dapat membantu golongan pengajar menjadi lebih efektif dan sentiasa menambahkan pengetahuan yang berguna untuk meningkatkan lagi potensi serta prestasi pelajar. Secara ringkasnya, kajian tindakan boleh difahami sebagai:

- Kajian yang melibatkan penyelidikan tentang amalan kita dan bukan kajian tentang orang lain.(learning by doing)

- KT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar

- Kajian yang melibatkan ahli perseorangan atau kumpulan dalam satu tujuan yang sama untuk memperbaiki mutu amalan

- Melibatkan proses analisis, refleksi dan penilaian


TUGASAN KELAS : NOTA


Konsep Kajian Tidakan

Terdapat beberapa pengertian atau definisi tentang kajian tindakan :
Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.
Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:
- proses dan mutu pengajaran
- pemahaman dan penguasaan pengajaran
- situasi dimana proses pengajaran berlaku
Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.
Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh
Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.
John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk
meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Kajian Tindakan adalah kajian yang berbentuk kajian kualitatif iaitu merupakan kajian yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga boleh digunakan dan tidak menjadi satu kesalahan pada suatu kajian tindakan itu. Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Dalam pengertian lain, kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan dari perspektif orang dalam (insider perspective), di mana penyelidik itu sendiri terlibat sebagai bahan kajian dalam kajian yang dilakukannya. Ini bermakna penyelidik melihat kebolehan dirinya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam kajian pengkaji tersebut akan timbul beberapa persoalan tentang dirinya, iaitu:

- Adakah yang saya lakukan ini betul?
- Sejauh manakah kefahaman saya tentang sesuatu perkara untuk saya bertanggungjawab atas tindakan yang saya lakukan?
Melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kearah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara.


Reka Bentuk Model Kajian Tindakan.

i. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)
4 langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle)
· Mereflek (Reflect)
· Merancang (Plan)
· Bertindak (Action)
· Memerhati (Observe)





ii. Model Kajian Tindakan Stinger (1999)
Sesuai sebagai kajian tindakan penyertaan. Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act).



iii. Model Kajian Tindakan Elliott (1991)
Mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dengan menghasilkan model yang lebih lengkap. Melakukan peninjauan (reconnaissance) yang melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan dalam lingkaran dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.




iv. Model Kajian Tindakan Ebbutt (1985)
Dave Ebbutt mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian tindakan selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.









v. Model Kajian Tindakan Mc Kernan (1996)
Memperkenalkan satu model yang menyarankan agar masalah kajian tindakan tidak terlalu terikat dengan masa.


Wednesday, November 4, 2009

TUGASAN 3 : Aktiviti 3 & Aktiviti 12

 Laporan Pembentangan kolokium Senior.



Pembentangan kumpulan pertama.
Tajuk: Aplikasi Pengubahsuaian Tingkah Laku ke atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan.



Nama pembentang:
  1. Badrol Hisyam Bin Majid
  2. Hafis Mohammad Don
  3. Junaidon Bin Abdul Majid
Penyataan Masalah
  • Terdapat subjek yang gemar melakukan perlakuan negatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran .
  • Subjek acap kali member simbol-simbol negatif kepada rakan sekelas.
  • Dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan seorang subjek sebagai responden dalam kajian tindakan ini.

Metodologi

Metod yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan jadual berikut:

Minggu 1 dan 2
Membuat perancangan:
- Pemilihan tajuk
- Penetapan kajian
- Pemerhatian awal

Minggu 3
Memberi nasihat dan teguran kepada suspek
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 4
Penggunaan radio semasa proses P&P
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 5
Penggunaan alat muzik
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 6
Melaksanakan denda
- Pelaksanaan
- Pemerhatian
- Refleksi

Minggu 7
Membuat refleksi
- Kesimpulan
- Penambahbaikan
- Cadangan


Pengumpulan Data

1)Hasil tindakan memberi nasihat dan teguran.
Pengkaji mengambil masa hampir seminggu dalam mempraktikkan kaedah ini. Walau bagaimanapun, Subjek didapati masih melakukan perbuatan negatif tersebut.

2) Mengambil langkah menggunakan radio.
- Kaedah ini memberi kesan kepada subjek untuk tidak melakukan tindakan negatif tetapi setelah radio dimatikan, subjek didapti mengulangi perbuatan negatifnya itu.

3) Mengalih tumpuan subjek dengan menggunakan peralatan muzik.
- Ternyata cara ini dapat membantu subjek memberi tumpuan di dalam kelas tetapi subjek masih lagi melakukan perlakuan yang tidak diingini oleh pengkaji.

4) Denda
- Perlaksanaan denda kesan daripada melakukan perbuatan negatif ternyata membuahkan hasil apabila didapati subjek semakin berkurangan menunjukkan isyarat negatif tersebut.


Implikasi kajian

1) Hasil kajian ini mendapati pengkaji dapat mengurangkan perlakuan negatif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2) Justeru, ia dapat meningkatkan tumpuan pelajar tersebut terhadap mata pelajaran yang dipelajari ketika itu.

Apa yang dapat dipelajari daripada kajian ini?

Dapat kita simpulkan bahawa pengaplikasian Teori Pelaziman Operan mampu mengurangkan tingkah laku pelajar yang negatif secara beransur-ansur. Melihat kepada kajian ini, dapat dilihat bahawa kaedah dendaan merupakan kaedah paling berkesan bagi pengubahsuaian tingkah laku subjek.


Pembentangan Kumpulan Kedua

Tajuk: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dalam Pendidikan Kesihatan Melalui Pembelajaran Koperatif.

Nama pembentang:
  1. Nur Wahidah Binti Zolkiflee
  2. Noor Iezura Binti Abdul Aziz

Penyataan Masalah

Sejauh manakah mata pelajaran Pendidikan Kesihatan mampu menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan tingkatan 4 dan apakah langkah paling sesuai yang dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Metodologi

1) Membuat perancangan
- Penyediaan RPH
- Melakukan perbincangan

2) Tindakan
- Melaksanakan pembelajaran koperatif
- Mengambil seramai 25 – 35 orang pelajar perempuan.

3) Pengumpulan dan analisis data
- Memperolehi data daripada pemerhatian, temu bual, dan kerja kumpulan.

4) Refleksi dan penambahbaikan.
- Membuat penilaian.

Pengumpulan Data

1) Hasil pemerhatian
— Pemerhatian dicatatkan dalam RPH di bahagian refleksi dan rakaman gambar pelajar
— Pertambahan minat pelajar dapat dilihat melalui penglibatan pelajar yang semakin aktif dan tindak balas yang positif seperti melalui raut wajah mereka.

2) Hasil kerja kumpulan
— Semakin memuaskan yang mana banyak idea yang baik dan bernas dapat dipersembahkan dalam persembahan yang menarik.

3) Temubual
— Terdiri daripada soalan berstruktur dan tidak berstruktur
— Menanyakan sama ada pelajar berminat atau tidak terhadap pembelajaran koperatif
— Meminta pendapat pelajar tentang cadangan penambahbaikan
— Pelajar mengatakan kurang mengantuk, pengajaran tidak membosankan dan menarik.

4) Refleksi dan Penilaian
— Penggunaan kata kunci membantu pelajar lemah
— Banyakkan isu kecantikan dan kesihatan wanita
— Perdebatan ‘Berkahwin lebih baik daripada hidup membujang’
— Tunjukkan video yang berkaitan dengan isu kesihatan

Implikasi Kajian

Kajian ini mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Apa yang dapat dipelajari?

Kaedah pembelajaran koperatif ini perlu diteruskan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar sewaktu pembentangan kumpulan dijalankan. Pendekatan ini juga didapati dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis dengan melihat hasil kerja kumpulan yang semakin memuaskan.

Rumusan Pembentangan Kolokium:
Berdasarkan kepada 2 pembentangan kajian tindakan, kita dapati bahawa tajuk pembentang pertama kajian tindakan mencirikan bahawa kajian yang dilakukan merupakan satu kajian tindakan. Tetapi, tajuk kepada pembentangan kedua, tidak menunjukkan bahawa kajian yang dilakukan merupakan satu kajian tindakan, sebaliknya kajian yang berbentuk eksperimental.
Walau bagaimanapun, kaedah yang digunakan dalam dua kajian berikut merupakan kaedah kajian tindakan iaitu melibatkan proses merancang, bertindak, menganalisis data dan refleksi. kesimpulannya, kedua-dua kajian ini bersesuaian dengan maksud kajian tindakan iaitu membaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Tuesday, October 27, 2009

Mengapa kajian tindakan penting kepada guru?








  1. Melalui kajian yang dilakukan, guru dapat mengenal pasti masalah dan kelemahan wujud dalam proses P&P sama ada secara sedar atau tidak sedar.




  2. Hasil kajian yang diperolehi, guru dapat menambah baik cara dan teknik pengajaran dalam kelas berdasarkan masalah yang dijumpai berdasarkan pengalaman lepas.




  3. Rumusan daripada dapatan kajian boleh menjadi sumber dalam usaha mempertingkatkan prestasi pelajar sama ada melalui pembaharuan atau pengubahsuaian teknik yang sedia ada.




  4. Kajian penting untuk dikongsi bersama dalam kalangan guru kerana ia sebagai sumber panduan dan rujukan dalam usaha menjadi seorang pendidik yang profesional.




  5. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membantu guru mencapai objektif mata pelajaran yang diajar.




  6. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.




  7. Pembudayaan melakukan kajian memupuk sikap guru yang sentiasa peka terhadap persekitarannya.




  8. Kajian demi kajian, dapat mencari kaedah yang terbaik untuk diaplikasikan semasa P&P setelah membuat perbandinganterhadap kajian yang sedia ada.




  9. Melahirkan guru yang kreatif dan rasional kerana setiap kajian yang dilakukakan akan mempunyai idea-idea baharu yang akan memperluaskan skop perbincangan para guru dalam menambah baik P&P mereka.




  10. Meningkatkan mutu pendidikan negara seiring JERIS yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara agar modal insan yang dicangang menjadi realiti bagi setiap pelajar.


TUGASAN KELAS
10 sebab kajian tindakan penting kepada guru


i. Melalui kajian yang dilakukan, guru dapat mengenal pasti masalah dan kelemahan wujud dalam proses P&P sama ada secara sedar atau tidak sedar.

ii. Hasil kajian yang diperolehi, guru dapat menambah baik cara dan teknik pengajaran dalam kelas berdasarkan masalah yang dijumpai berdasarkan pengalaman lepas.


iii. Rumusan daripada dapatan kajian boleh menjadi sumber dalam usaha mempertingkatkan prestasi pelajar sama ada melalui pembaharuan atau pengubahsuaian teknik yang sedia ada.

iv. Kajian penting untuk dikongsi bersama dalam kalangan guru kerana ia sebagai sumber panduan dan rujukan dalam usaha menjadi seorang pendidik yang profesional.



v. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membantu guru mencapai objektif mata pelajaran yang diajar.


vi. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baharu, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
vii. Pembudayaan melakukan kajian memupuk sikap guru yang sentiasa peka terhadap persekitarannya.



viii. Kajian demi kajian, dapat mencari kaedah yang terbaik untuk diaplikasikan semasa P&P setelah membuat perbandingan terhadap kajian yang sedia ada.

ix. Melahirkan guru yang kreatif dan rasional kerana setiap kajian yang dilakukakan akan mempunyai idea-idea baharu yang akan memperluaskan skop perbincangan para guru dalam menambah baik P&P mereka.



x. Meningkatkan mutu pendidikan negara seiring JERIS yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara agar modal insan yang dicangang menjadi realiti bagi setiap pelajar.